SEMAK SEBELUM ‘TERJUN’

Semak sebelum ‘terjun”
Emas, gold, pelaburan, simpanan, investment, saving, public gold

NOTA 026 

❇️❇️

SEMAK SEBELUM ‘TERJUN’

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli emas, ada 5 + 1 perkara yang anda harus buat. Ini penting untuk memastikan anda memperoleh keuntungan maksimum dalam pelaburan emas

1️⃣ Ilmu Emas Yang Betul

Cari ilmu yang soheh sebelum bermula. Dengan ilmu, pelaburan kita lebih selamat. Kenali bagaimana emas boleh jana keuntungan kepada anda. Jangan main ikut-ikutan sahaja

Jika ada ‘mentor’ lebih baik. Di Public Gold, ‘introducer’ anda adalah mentor anda. Tempat rujukan anda pertama. InsyaAllah, ‘introducer’ ini akan membantuk anda jika ada sebarang persoalan. Jika anda ragu dengan mentor anda, semak kesahihan maklumat yang di beri (due diligence).  

2️⃣ Pilih Produk Yang Betul

Tidak semua emas itu sama. Ada pelbagai gred emas. Ada emas perhiasan dan emas pelaburan. Pemilihan produk yang betul akan memaksimakan pulangan. Emas perhiasan sinonim dengan namanya sebagai perhiasan wanita. 

Harga emas perhiasan tertakluk kepada upah dimana semakin rumit cara pembuatannya semakin tinggi harga upahnya (boleh di manipupulasi oleh pekedai). Berlainan dengan emas pelaburan kos per gram pemilikannya lebih murah

3️⃣ Pilih ‘Kedai’ Yang Betul

Harga hanya salah satu kriteria pemilihan untuk membeli emas. Faktor-faktor lain juga harus di ambil kira seperti ketersediaan stok, kemudahan jual/beli, syarat jual balik yang tidak cerewet dan sebagainya

Buat apa beli harga emas terlalu murah jika ‘after servis’ teruk dan akhirnya menyusahkan diri sendiri. Jadi, buat pertimbangan sewajarnya

4️⃣ Jangka Masa Panjang

Perlaburan emas perlukan masa. Jika waktu pagi beli dan petang nak jual sebab nak dapat untung – emas bukan instrument yang baik. Harga emas tertaluk pada nilai ‘spred’ – beza harga belian dan jualan harian.

Harga emas naik dan turun dalam jangka masa pendek. Bila mana anda hendak melabur emas, jangan sesekali menggunakan wang yang hendak di gunakan sekurang-kurangnya dalam masa 3 tahun. Gunakan duit lebihan.

Harga emas akan naik mengikut masa. “Slow but surely”. Purata kenaikan emas dalam 20 tahun adalah 32% setahun! Jadi, anda perlu bersabar

5️⃣ Beli & Tunggu, bukan Tunggu & Beli

Selalu juga orang tanya “bila harga emas murah, aku nak beli” 

Harga murah tu harga yang mcm mana? Tahun 2018 masa RM180/g pun orang tunggu harga murah. Dua tahun selepas itu, adakah harga emas makin murah? Emas tak pernah murah. Setiap hari mahal. Yang membezakan org berjaya dan gagal hanyalah apabila kita mengambil tindakan atau terus memberi alasan

Mulakan pembelian pertama. Harga pertama anda itu adalah harga penanda aras anda (benchmark). Anda menabung emas jangka masa panjang. Jika anda bercadang membeli 1 kilogram emas, ya, saya merasakan anda wajar tunggu harga murah kerana setiap gram itu adalah keuntung ‘segera’ anda. Selain itu, usah peningkan kepala memikirkan harga emas murah.

6️⃣ Kosisten

Menabung emas perlukan kosistensi supaya pemilikan harga emas dapat di puratakan. Boleh rujuk nota pemurataan harga di sini (https://emas4u.com/2021/01/31/pemurataan-harga-dalam-pelaburan/

Jadi adakah anda bersedia?

Jika bersedia memulakan tabungan emas serendah RM100, hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan