NOTA 018
❇️❇️
HAKIKAT WANG YANG SEBENAR
Saya suka kartun dari Nixon Siow ini. Lukisannya bersahaja, namun mesej yang ingin beliau sampaikan sangat jelas
Duit yang banyak bukan ukuran sebenar kekayaan seorang individu. Jika mentaliti individu itu ‘miskin’, duit derma RM1.2 billiun sekalipun akan habis sekelip mata.
Itulah yang cuba di gambarkan oleh pelukis komik ini. Individu yang mempunyai mentaliti ini tidak bersedia untuk mempunyai wang yang banyak, tidak tahu untuk menguruskan wang dengan baik akan kembali kepada keadaan asalnya
Kisah orang kaya segera Felda Lyndon B Johnson (Felda LBJ), Labu, Negeri Sembilan yang berlaku pada sekitar tahun 1996 banyak memberikan tauladan pada kita semua. Kisah benar ini berlaku apabila kerajaan memberikan wang pampasan pengambil alihan tanah antara RM1.3juta hingga RM2juta kepada 350 orang peneroka habis digunakan tidak sampai 5 tahun
Sudahlah wang habis begitu sahaja, keluarga pula berantakan. Ada yang pada ketika itu si anak masih kecil dan apabila sudah besar menyaman ibubapa mereka kerana si anak percaya mereka ada hak atas wang itu. Na’uzubillah
Ada juga ‘jutawan fakir’ ini menghabiskan sisa-sisa hidup mereka di rumah jagaan orang tua dan ada yang mengharapkan ihsan jiran tetangga untuk terus hidup
Wang yang banyak tidak akan menjadikan seseorang itu kaya. Wang yang sedikit dengan mentaliti yang betul akan menghasilkan tidakan yang betul dan akhirnya akan membuahkan hasil yang betul
Untuk menjadi kaya, kita harus memiliki mentaliti orang kaya. Berfikir dengan cara bagaimana orang kaya berfikir. Orang kaya dan orang yang buat-buat kaya adalah dua individu berbeza
Orang kaya tidak akan sibukkan diri mereka memikirkan bagaimana nak habiskan wang yang mereka ada, tetapi mereka sibuk memikirkan bagaimana hendak kembangkan aset yang mereka ada
Sebelum menjadi orang kaya, kita bina ‘mindset’ orang kaya terlebih dahulu. Mendapatkan ilmu kewangan dari membaca, seminar, latihan dan sebagainya akan menyediakan diri kita membina mindset yang betul tentang kewangan
Asas kepada kekayaan adalah dengan bermula dengan menyimpan. Jika kita tidak mampu menyimpan dari sumber yang sedikit sekarang, bagaimana kita boleh beri jaminan bahawa kita akan mula menyimpan bila sumber sudah besar kelak?
Janga tipu diri sendiri. Jika kita tidak mula sekarang, maka kita tidak akan mula sampai bila-bila. Sebagaimana azam anda tahun-tahun yang sudah, azam tinggal azam. Menyimpan bunyi macam mudah, namun percayalah ia adalah perkara paling susah
Dapat sesuatu?
Jika berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh hubungi saya untuk bantuan
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan