KEMANA HILANGNYA DUIT AKU

NOTA 024 

❇️❇️

KEMANA HILANGNYA DUIT AKU

Ramai yang rasa dan alami, tak sampai hujung bulan duit habis. Lagi parah, baru pertengahan bulan duit hilang tanpa jejak

Ada juga mula merungut dan menyalahkan gaji tidak cukup. Tahukah anda, walau sebanyak mana gaji yang diterima sekali pun, ia tidak akan pernah cukup

Orang yang bergaji RM1,500 sebulan kata gajinya tidak cukup. Orang yang gajinya RM5,000 sebulan pun kata gajinya tidak cukup. Malah ada yang bergaji RM10,000 sebulan pun mengatakan perkara yang sama

Ia sebenarnya bukan berkisar pada seberapa banyak gaji yang diterima. Selagi ‘jiwa’ belum bersedia untuk menguruskan apa yang ada ‘di tangan’, segunung wang belum cukup untuk menutup ‘lubang’ boros

Jika bergaji RM1,500 sebulan, maka hiduplah dengan ‘gaya’ gaji RM1,500. Hidup mengikut kemampuan. Lebih baik jika bergaji RM5,000 hatta RM10,000 boleh hidup dengan ‘gaya’ gaji RM1,500 (hidup di bawah paras kemampuan)

Antara perkara yang boleh di lakukan lakukan untuk merasa gaji sentiasa cukup adalah

1️⃣ Simpan Dulu Baru Belanja

Amalkan tabiat simpan dulu baru belanja. Paksa diri. Jika selama ni tak menyimpan pun duit habis, lebih baik ‘duit habis’ kerana menyimpan. Menyimpan ialah soal keutama. Yang mana dahulu dan yang mana kemudian. Bukan soal kecukupan. Bila sudah faham, nescaya lebih mudah

2️⃣ Keperluan dan Kehendak

Berbelanja mengikut keperluan. Bukan ikut nafsu, trend dan semestinya bukan ikut kawan. Jangan kerana mahu di lihat hebat di mata orang semata. Itu bukan sesuatu yang penting. Kawan ketika senang boleh di cari, kawan ketika susah sukar sekali. Jadi, beringat sebelum ‘kena’ 

3️⃣ Ubah Cara Menyimpan

Jika sebelum ini menyimpan tunai tetapi sikit-sikit ‘korek’ lama-lama habis, maka boleh cuba cara menyimpan. Untuk simpanan jangka masa pendek, simpan tunai di tempat sukar di akses seperti Tabung Haji (jangan gunakan akses interbanking)

Untuk jangka masa panjang, boleh cuba menyimpan emas. Sifat emas berlawanan dengan duit. Sifat duit untuk ‘di belanjakan’, Namun dengan emas, simpanan lebih bertahan

4️⃣ Ubah Aktiviti 

Jika sebelum ini aktiviti mingguan anda adalah ‘window shopping’ di pasar raya, apa kata lakukan aktiviti percuma seperti bersukan, beriadah bersama keluarga dan sebagainya. Dengan melakukan aktiviti ini, anda dapat mengelakkan duit ‘terbelanja’ di tempat-tempat yang tak perlu

Di pasar raya, perkakasannya di susun kemas, cantik dan teratur untuk memberikan getaran (vibe) ‘bestnya’, maka secara tidak langsung anda akan berbelanja

Di musim PKP ni, jangan pula cuci mata di shopii atau lajada. Sama juga di maya, barang-barang akan di tonjolkan dengan promosi murah sepanjang tahun akan menyebabkan anda ingin membeli

Jadi, muhasabahlah. Jika gaji kawan kita yang sama dengan kita elok sahaja cukup, maka ada lah tu silap di mana-mana. Perlu semak kembali

Ok 👌🏻?

Berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold? Hubungi saya untuk bantuan dan pendaftaran

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan

Klikk link berikut untuk maklumat lanjut https://dyndzu.wasap.my/