NOTA 014
❇️❇️
MERABA DALAM TERANG
Jika di lihat dari kaca mata kewangan, ramai individu terutamanya golongan muda telah mati sebelum masa. Masakan tidak, statistik muflis yang di keluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sangat membimbangkan
Menurut jabatan itu, sepanjang tempoh Januari 2020 hingga Ogos 2020 seramai 5,066 orang telah distiharkan muflis (bankrup) iaitu menyamai 21 orang setiap hari
Data juga menunjukkan seramai 85,000 orang yang di laporkan muflis dari tahun 2015 hingga tahun 2019 adalah berumur 25 tahun kebawah!
Tidak di nafikan penularan wabak Covid-19 antara punca penyumbang kepada kebankrapan kesan dari kehilangan punca pendapatan. Namun, itu hanyalah rentetan-rentetan masalah yang di jemput. Ibarat; dah ada mata yang elok boleh melihat, tetapi saja – saja tutup mata dan akhirnya masuk ke dalam lubang yang ada di depan (yang sepatutnya boleh elak jika berjalan tidak menutup mata)
Bankrap itu bukan berlaku sekelip mata. Bankrap berlaku bilamana seorang individu itu gagal atau tidak lagi berupaya membayar hutang tidak kurang daripada RM100,000 di bawah pindaan terhadap subseksyen 5(1)(a) Akta Insolvensi 1967.
Di laporkan 11 juta rakyat Malaysia mempunyai kad kredit (baca: kad hutang) dan ada di antaranya mempunyai sehingga 5 kad kredit (baca: kad hutang). Inilah ‘lubang’ yang boleh menyebabkan ada ‘tergolek’ dan mati sebelum tiba masanya
Cuba anda bayangkan, jika hutang kad kredit satu individu itu sehingga RM100,000, apakah hutang itu adalah hutang untuk membeli sesuatu keperluan atau kemahuan? Keperluan apa sehingga RM100,000? Adakah makan harian boleh mencecah sebegitu tinggi? Adakah pembelian pakaian asas boleh mencecah sejumlah itu?
Sudah pasti perbelanjaan itu bukan lah satu keperluan, tetapi lebih kepada kemahuan. Kemahuan yang tidak di bendung boleh menyebabkan kita ‘mati’ sebelum masanya. Bila mana wang tunai semua di habiskan untuk memenuhi kehendak, akhirnya berhutang untuk terus mengalas nafsu yang tanpa sempadan
Kad kredit, pinjaman peribadi dan lain-lain bentuk hutang itu ibarat sebilah pisau. Jika pisau itu di berikan pada anak kecil yang belum tahu menggunakannya sudah pasti ia boleh mencederakan nya. Jika di berikan pada chef, semestinya ia cekap mengendalikannya
Untuk menjadi seorang chef, kena lah mencari ilmu. Kemahiran seorang chef bukan datang sekelip mata. Sudah pasti dari bacaan, pengatahuan dan latihan yang baik. Begitu juga dengan bidang kewangan. Ada wang tak semestinya kita pandai berbelanja
Suburkan lah dengan ilmu, supaya kita tidak meraba di dalam terang. Simpanlah untuk masa hadapan supaya kita tidak mati sebelum masa
.
Jika berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh hubungi saya untuk bantuan
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan