DOSA-DOSA BESAR DALAM KEWANGAN

Dosa-Dosa Besar Dalam Kewangan
Simpanan, saving, persaraan, retirement, pelaburan, public gold, emas, gold, dosa, kewangan, pengurusan wang, money management, Bunga Mas, Dinar, Public Gold, Kewangan

NOTA 015 

❇️❇️

DOSA-DOSA BESAR DALAM KEWANGAN

Semua orang mengimpikan hidup kehidupan selesa. Definasi selesa itu berbeza setiap individu. Ada yang nak makan di restoren mewah baru dikira selesa. Ada juga sekadar makan di rumah masakan isteri sudah cukup selesa

Begitu lah

Namun, jangan pernah sekali-kali terjerat dengan dosa-dosa besar dalam kewangan (jangan salah faham dosa ini tiada dalam hukum fiqh, cuma perbandingan kacamata kewangan sahaja)

Tak perlu menjadi kaya untuk menjadi selesa. Keyaan itu bukan di ukur dari sudut pandang berapa banyak pendapatan yang kita perolehi. Nilai bersih (Net Worth) individu itu lebih penting

Nilai bersih adalah nilai semua aset bukan kewangan dan kewangan yang dimiliki oleh individu setelah ditolak semua nilai liabiliti (hutang). Mengikut pandangan pakar kewangan, 3 dosa besar yang anda perlu ‘bertaubat’ segera sebelum terlambat adalah

1️⃣ Kad kredit

Mengunakan kad kredit (syariah) tidak berdosa. Namun membeli secara berhutang menggunakan fasiliti kredit ini adalah salah. Sedarkah anda, dengan membayar secara minimum payment, baki tertunggak anda akan di kenakan faedah sehingga 18% setahun!

Jika perlu menggunakan fasiliti ini, pastikan anda melangsaikan bayarannya dengan segera. Jika tiada keperluan, JANGAN guna. Bila anda sudah mula menggunakannya, anda rasakan anda mempunyai wang untuk berbelanja. Walhalnya tidak

Jika hutang-hutang ini mula menggunung, sudah pasti anda sakit kepala dan akhirnya terjebak kepada dosa besar seterusnya

2️⃣ Pinjaman Peribadi

Bila sudah terjebak denga ‘dosa’ kad kredit akibat berbelanja mengikut nafsu, anda akan lebih mudah terjebak dengan dosa ‘personal loan’ pula. Mana tidaknya, ‘lubang gaung’ yang di gali tadi perlu di ‘kambus’ segera

Di sangkakan hujan sampai ke petang, namun hujan di tengah hari. Pinjaman peribadi ini hanya penyelesaian sementara. Anda tidak boleh menghapuskan masalah dengan mencipta masalah baru. Ibarat menutup bangkai dengan bangkai, berbau juga

Jika anda sudah terjebak silalah dapatkan nasihat dari orang yang bertauliah/berpengalaman. Ramai yang boleh bantu anda, seperti Tuan Zaidi Ismail, agensi AKPK dan lain-lain lagi

3️⃣ Dosa Kereta

Memiliki sebuah kereta tidak salah, tetapi memiliki kereta yang salah itu yang salah. Kerap kali individu akan tersalah membuat kira-kira kemampuan sebenar membeli kereta

Menurut Dr Azizul, formula yang bank guna untuk galakkan kita beli kereta adalah 1/3 gaji. Jika gaji kita RM1800, maka bank akan beri kita hutang kereta RM600 sebulan

Formula bank ini TAK BAGUS untuk kesihatan kewangan kita. Sebaiknya, harga kereta adalah setahun gaji kita. Jika gaji RM2000 x 12 = RM24,000 harga kereta kita. Hutang kereta juga sebaiknya tak lebih 15% dari gaji kita.Jika gaji kita RM3000, maka ansuran kereta yang baik adalah RM3000 x 15% = RM450 sahaja sebulan. 

Perlu diingatkan juga kawan, selain ansuran bulanan ini. Kita juga kena bayar takaful kenderaan, cukai jalan, servis enjin, servis tayar, cuci kereta, minyak enjin, minyak gear, ganti wiper, parking, tol dan lain-lain lagi

Jadi, pasang impian untuk hidup selesa bebsa dari hutang. Itu lebih penting. Mulaka simpanan sekurang-kurang nya 3 bulan gaji. Selebihnya, laburkan pada instrumen yang anda yakin untuk tambah kekayaan sebagai jaminan masa hadapan

.

Jika berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan