PANDUAN ASAS PRODUK PUBLIC GOLD

Paduan Asas Produk Public Gold

NOTA 013

❇️❇️

PANDUAN ASAS PRODUK PUBLIC GOLD

Public Gold menawarkan pakej emas yang terbaik bagi kesemua pelanggannya

Salah satu pakej terbaik yang di tawarkan oleh Public Gold berbanding dengan syarikat pesaing adalah, produk yang di tawarkan kepada pelanggannya adalah pelbagai. Kepelbagaian ini adalah untuk memenuhi kehendak dan citarasa pelanggannya

Secara asasnya Public Gold menawarkan 2 produk utama, iaitu produk jongkong (bar) dan syiling (dinar). Kedua-dua produk ini adalah emas tulen yang berketulenan tinggi; 999 atau 24 karat. Kedua produk ini juga mempunyai harga per gram yang sama

Antara perbezaan yang nyata kedua produk ini adalah dari segi rupa bentuk, dimana emas jongkong adalah berbentuk petak dan syiling pula berbentuk bulat. Emas jongkong adalah kuantiti logam emas yang berkualiti tinggi yang dibuat oleh pengeluar jongkong yang memenuhi syarat pembuatan, pelabelan, dan standard penyimpanan rekod

Berdasarkan cara pembuatannya, jongkong emas dikategorikan sebagai ‘cast/diecast’ atau ‘mintage/minted’, dengan keduanya berbeza dari segi penampilan semata. Jongkong emas ‘cast/diecast’ dibuat dengan kaedah di mana emas cair dituangkan ke dalam acuan berbentuk jongkong dan dibiarkan padat. Proses ini sering membawa pada bar yang kurang sempurna dengan permukaan yang tidak rata yang. Walaubagaimanapun ketidaksempurnaan ini menjadikan setiap bar unik. 

Jongkong emas ‘mitage/minted’ pula dibuat dari kepingan emas yang di cetak/cop rupabentuk keatasnya. Ianya lebih mudah dikenal pasti dengan permukaan yang licin dan rata

Syiling emas yang berbentuk bulat ini adalah dinar emas Islam moden (kadang-kadang dirujuk sebagai dinar Islam) sebuah replika matawang. Setakat ini ianya tidak dikeluarkan sebagai mata wang rasmi oleh mana-mana negara.

Tujuan asal dinar emas ini adalah untuk menghidupkan kembali dinar emas bersejarah yang merupakan syiling utama kerajaan khalifah Islam yang terawal. Mata wang itu mungkin terdiri daripada duit syiling emas (dinar) atau syiling perak (dirham).

Perbezaan bentuk ini tidak memberikan apa-apa kesan kepada harga, nilai spread dan sebagainya. Ia hanyalah bergantung pada minat/citarasa setiap individu itu sendiri (preferable)

Dari segi gandaan berat pula, jongkong emas boleh di perolehi dari sekecil 0.5 gram sehingga yang paling besar 1,000 gram. Syiling emas pula sebagaimana replika matawang kerajaan Islam terdahulu terdapat 3 pilihan gandaan berat iaitu 1 dinar (4.25gram), 5 dinar (21.25gram) dan 10 dinar (42.5gram)

Di Public Gold, terdapat 3 mod pembelian yang boleh di gunakan untuk memiliki emas ini iaitu melalui akaun emas GAP, tunai dan ansuran yang di sahkan patuh syariah oleh panel yang di lantik

.

Jika berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan