MENTALITI MANA YANG PERLU ADA

NOTA 009

❇️❇️

MENTALITI MANA YANG PERLU ADA

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan yang Allah ciptakan. Anugerah terbesar yang Allah berikan kepada kita adalah akal yang boleh berfikir berbanding makhluk Allah yang lain

Namun, di sebalik kesempurnaan itu Allah berikan kita ujian iaitu nafsu. Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, nafsu bermaksud keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati

Mentaliti yang lemah di dalam kewangan akan menyebabkan nafsu boros tidak dapat dikawal. Di dalam kehidupan, kita tidak dapat lari dalam melakukan kesilapan. Secara jujurnya, saya juga banyak melakukan kesilapan bodoh yang merugikan saya. Namun saya pegang satu kata-kata dari bijak pandai

‘Dimana kita bermula itu tidak penting, namun pengakhiran yang bagaimana yang kita hendak itu lebih utama’

Di antara cermin hadapan dan cermin sisi sebuah kereta, cermin yang manakah yang paling besar? Sudah tentu cermin hadapan, betul? Itu adalah kerana kita perlu sentiasa lihat kehadapan, tentukan arah mana hendak di tuju. Sesekali lihat kebelakang untuk melakukan semakan

Begitu juga dalam kehidupan, lihat kebelakang hanya untuk mengambil pengajaran. Fokus lihat di hadapan untuk terus sampai ke destinasi kita tuju (matlamat). Untuk berjaya, bina mentaliti kaya dan jauhkan mentaliti miskin. Cuba lihat dari perspektif (pandangan) yang lebih luas

Sebagai contoh; jika memiliki mentaliti miskin, duit durian runtuh RM5,000 akan habis sekelip mata dengan membeli gajet baru yang boleh dikatakan akan luput 5 tahun akan datang. Jika memiliki mentaliti kaya, duit durian runtuh RM5,000 yang sama akan berganda dan terus berganda di masa hadapan

Bukan tidak boleh ‘merasa’ nikmat durian runtuh. Paling tidak, cuba tangguhkan dahulu nikmat yang sementara. Durian runtuh jika di laburkan akan menghasilkan lebih nikmat-nikmat di masa akan datang

Anda tentukan

.

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

Jika berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh hubungi saya untuk bantuan

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan