![](https://i0.wp.com/emas4u.com/wp-content/uploads/2021/01/7E477B55-9330-4479-88B2-02CD32837DEC-e1611738090107-1024x1024.png?resize=950%2C950&ssl=1)
NOTA 008
❇️❇️
FAKTA EMAS YANG ANDA PERLU TAHU
Terdapat banyak pilihan pelaburan yang anda boleh pilih. Salah satunya adalah platform emas yang di lihat semakin mendapat sambutan. Berikut adalah info pelaburan emas yang anda perlu tahu
1️⃣ Mudah Faham
Emas adalah pelaburan yang senang untuk faham. Jika anda baru mula, hanya perlu beli secara konsisten dan simpan untuk suatu jangka masa. Apabila ada kenaikan harga, jual kembali emas tersebut untuk dapat keuntungan
Jika perlu wang tunai segera sementara, emas boleh di pajak. Tebus kembali emas tersebut dengan sedikit bayaran upah. Tidak perlu pinjam meminjam dengan orang lain kerana anda menggunakan harta yang anda ada untuk sesuatu tujuan
2️⃣ Harga Naik Turun Harian
Seperti pelaburan lain, harga emas tertakluk kepada pasaran. Dalam jangka masa pendek, harga emas akan naik dan turun. Jika anda seorang penyimpan, tak perlu panik. Terus konsisten menabung. Harga emas tidak akan turun kepada harga lantai (RM0) namun harga emas boleh memecah harga syiling. Berbanding pelaburan seperti saham, harga saham boleh menjadi sifar dan anda akan kehilangan modal. Dengan emas fizikal, anda boleh melakukan 1001 perkara dengan emas yang anda miliki
Jika anda seorang pelabur, anda perlu menentukan bila masa anda ingin membeli dan bila masa anda ingin menjual (buy low, sell higher). Jumlah gram yang anda beli adalah besar, maka setiap RM yang ‘bergerak’ menentukan keuntungan anda
3️⃣ Risiko Rendah
Pelaburan emas fizikal boleh di katakan hampir tiada risiko. Jika di bandingkan dengan matawang, Ringgit pernah menguncup lebih daripada 50% dalam sehari pada krisis mawatang di Asia 1998
Harga emas kebiasaannya berlawanan dengan keadaan ekonomi. Bilamana keadaan ekonomi teruk (contoh penularan Covid19), harga emas melonjak dengan tinggi kerana para pelabur melarikan diri dari pasaran dan membeli emas untuk menyelamatkan modal mereka. Emas ibarat ‘insurans’. Risiko yang ada di dalam pelaburan emas boleh di minima dengan pengurusan risiko yang betul.
4️⃣ Kos Emas
Pemilihan produk mestilah betul kerana terdapat kos yang perlu di tanggung di dalam pemilikan emas. Sebagai contoh, barang kemas adalah barang perhiasan dan ianya tertakluk kepada upah. Semakin rumit pembuatan barang kemas tersebut, makin tinggi harganya. Berlainan pula jika anda membeli barang ‘scrap’, emas rosak, putus dan sebagainya. Sudah tentu anda akan membeli harga yang sangat murah tetapi tidak semua orang tahu cara untuk menguji ketulenan emas
Jadi lebih mudah jika anda membeli emas jongkong/syiling yang di keluarkan oleh syarikat yang di yakini seperti Public Gold. Dengan ‘spread’ yang rendah dan harga yang sentiasa di kemaskini (24jam – 365hari setahun), mudah untuk menentukan harga beli/harga jual. Ilmu yang betul dapat meminimakan kos
5️⃣ Kalis Inflasi
Inflasi berlaku bilamana anda membayar pada harga yang lebih tinggi untuk produk/perkhidmatan yang sama anda inginkan. Lebih mudah nak faham, nasi lemak yang sama tahun lepas berharga RM2.00 sebungkus, kini di jual RM3.50. Kenaikan harga tidak dapat di elakkan kerana kos-kos yang terlibat di dalam pembuatan/perkhidmatan yang di berikan meningkat. Paling mudah nak faham, setiap tahun anda ingin naik gaji, maka mereka pun nak naik gaji. Betul?
Emas dapat mengimbangi kenaikan inflasi ini. Emas adalah logam yang tidak boleh dicipta dan kuantitinya tetap dan terhad. Maka secara puratanya, harga emas akan naik setiap tahun meningkat mengikut permintaan
6️⃣ Peningkatan Modal
Emas tiada dividen/bonus tahunan seperti TH, ASB atau FD. Keuntungan emas hadir bila anda menjual kembali emas yang anda beli; peningkatan modal (capital appreciation). Data statistik hari ini, kenaikan harga emas melebihi keuntungan tahunan TH, ASB atau FD. Itu adalah fakta. Keuntungan emas boleh di katakan ‘perlahan’ namun ianya pasti (slowly but surely)
.
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
Jika berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh hubungi saya untuk bantuan
👉🏻📞 011-70000171