HARI GAJI APA YANG PATUR BUAT

Hari Gaji Apa Yang Patut Buat
Simpanan, saving, persaraan, retirement, pelaburan, public gold, emas, gold, gaji, belanja

NOTA 017

❇️❇️

HARI GAJI APA YANG PATUT BUAT

Jika anda seorang yang bekerja ‘makan gaji’ seperti saya, tarikh 25 haribulan adalah hari yang di tunggu setiap bulan

Hari ini mana kita di bayar ‘upah’ untuk ~28 hari bekerja yang lalu. Pengurusan gaji nampak seperti mudah, namun jika tidak berhemah & berdisplin kita akan menemui kesukaran di pertengahan bulan

Belum cukup bulan seterusnya, dah seperti putus nyawa, tak cukup gaji. Bukan gaji yang tidak cukup sebenarnya tetapi kita yang tidak menampung ‘gaya’ kehidupan semasa. Berbelanjalah di bawah paras kemampuan, ukur baju di badan sendiri

Jadi, bila ‘time’ gaji, apa yang patut kita buat? 

1️⃣ Pertama sekali, paksa diri simpan sebahagian daripada gaji tersebut. Kalau tak paksa, sampai bila pun tak cukup. Semua orang ada masalah yang sama. Kalau tak simpan, duit tak cukup juga. Jadi lebih baik menyimpan

Menyimpan sebenarnya bukan tunggu cukup, ia lebih kepada keutamaan. Bila kita dah jadikan ia adalah perkara MESTI, maka kita akan hadkan perbelanjaan. Belanja ikut baki yang ada sahaja

Cukupkan tabung 3 bulan gaji. Bila sudah capai, laburkan selebihnya di dalam ASB, Tabung Haji, emas atau mana-mana yang sesuai dengan jiwa anda. Nak lebih bertahan, simpan dalah bentuk emas. Saya sudah mengalaminya, di mana simpanan saya lebih bertahan

2️⃣ Kedua, bayar komitmen bulanan secepat mungkin, terutamanya hutang-hutang ‘jahat’. Jangan bertangguh kerena hutang ini akan lebih menjerat anda dengan kadar ‘interest’ yang tak mampu anda tanggung

Fokus untuk langsaikan satu per satu. Bila ada lebihan akibat hutang pertama sudah langsai, guna lebihan tersebut untuk langsaikan hutang seterusnya. Ini adalah kaedah ‘snowball’. (Rujuk Nota 293 https://t.me/PG00061731/2169 untuk bacaan lanjut)

Dan paling penting, jangan tambah hutang baru!

3️⃣ Ketiga, setelah selesai 1️⃣ & 2️⃣, barulah berbelanja untuk memenuhi keperluan bulanan. Laraskan perbelanjaan bulanan anda dengan bijaksana dan mengikut kesesuaian. Berbelanjalah mengikut keperluan bukan kemahuan

Dapat sesuatu?

Jika berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan