NOTA 007
❇️❇️
ALAT DAN IMPIAN
Jika anda seorang chef atau paling tidak seorang ibu/bapa/individu yang gemar memasak, sudah pasti anda mempunyai pelbagai peralatan memasak di dapur
Setiap peralatan tersebut sudah pasti mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza-beza. Sebagai contoh, untuk memotong sayur (sawi misalnya) anda boleh menggunakan pelbagai peralatan seperti pisau, gunting dan gergaji. Namun sudah pasti produk akhirnya berbeza-beza
Ya, kita boleh ‘menebang’ sayur tersebut menggunakan kapak, ‘menggunting’ sayur dengan menggunakan gunting dan ‘memotong’ sayur dengan pisau, tetapi hasilnya sudah pasti tidak memuaskan malah berlainan
Sayur yang ‘ditebang’ menggunakan kapak sudah tentu akan porak peranda hasilnya. Jika anda menggukan gunting, mungkin hasilkan akan sedikit kemas namun menggukan nya akan memakan masa. Paling pratikal adalah menggunakan pisau untuk memotong dengan pantas dan kemas
Begitu juga dengan peralatan kewangan untuk menabung. Ada pelbagai pilihan di pasaran, sebagai contoh Tabung Haji, ASB, Emas atau Deposit Tetap. Semua peralatan ini adalah baik, namun jika anda masih berkira-kira dan tidak mengambil langkah untuk bertindak – sampai bila-bila pun tidak akan dapat apa-apa hasil
Setiap instrumen ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang penting anda perlu memilih mengikut kesesuaian. Setiap individu bebas memilih. Misalnya jika anda ingin menabung jangka masa pendek, Tabung Haji dilihat paling sesuai. Jika anda seorang yang gemar melihat jumlah wang anda beranak pinak tanpa perlu bekerja keras, ASB adalah pilihan terbaik bagi Bumiputera dan Deposit Tetap pula pilihan bagi bukan Bumiputera
Emas pula sesuai bagi mereka yang ingin mencapai matlamat jangka masa panjang kerana harga emas secara puratanya meningkat. Menurut rekod, harga emas naik lebih 600% dalam masa 20 tahun!
Sama juga dengan kenderaan. Jika anda ingin ke kedai yang jaraknya hanya dua-tiga langkah di depan rumah, agak ‘pelik’ jika anda menghidupkan kereta untuk ke destinasi. Jika ingin ke luar negara misalnya, menggunakan kapal terbang adalah pilihan terbaik. Ya, menggunakan kereta boleh sahaja ke destinasi yang di tuju. Cuma, cepat atau lambat sahaja. Kadang-kala, membuat pilihan salah hanya membuang masa dan tenaga.
Jadi ianya terpulang kepada anda untuk memilih peralatan yang sesuai untuk capai matlamat yang anda ingin capai. Susun pilihan anda baik buruk setiap pilihan
.
Jika berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh hubungi saya untuk bantuan
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan