PUNCA TERBESAR GAGAL MENYIMPAN

NOTA 004

❇️❇️

PUNCA TERBESAR GAGAL MENYIMPAN

Menurut tinjauan yang di lakukan oleh Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada tahun 2018, tahap kesejahteraan kewangan dalam kalangan orang dewasa yang bekerja di negara ini masih berada pada tahap rendah

Menurut agensi itu lagi, secara umumnya rakyat negara ini tidak mempunyai simpanan kecemasan mencukupi sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan 

Kenyataan agensi itu di sokong oleh Profesor Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor, yang di temu bual oleh Berita Harian pada 31 Oktober yang lalu

Antara faktor terbesar yang menjadi punca masyarakat tidak menyimpan adalah tiada matlamat yang jelas. Kenapa perlu menabung? Kenapa kene menyimpan? Kenapa… Kenapa…

1️⃣ Matlamat Pendidikan

Kos pendidikan saban tahun makin meningkat kerana kos pentadbiran dan sebagainya turut naik. Ye lah, professor dan kakitangan sokongan pun nak naik gaji, macam kita juga. Jadi kita sebagai ibubapa harus bersedia dengan simpanan yang cukup

Namun ada sesetengah ibubapa yang mungkin berkata “Buat apa simpan, biasiswa kan ada. PTPTN pun ada” Iya, memang ada. Namun layak kah kita meminjam? Lagi pun, itu adalah pinjaman yang harus di bayar balik (baca: hutang)

Persaingan untuk penempatan di universiti semakin meningkat, namun menurut laporan dari PTPTN jumlah pinjaman yang boleh di berikan adalah berkurangan kerana kekurangan dana. Jumlah graduan lepasan universiti juga saban tahun meningkat, tetapi menurut data dari Jabatan Statistik Malaysia jumlah pengangguran dari golongan graduan juga meningkat. Ini menimbulkan kerisauan di mana, tiada kerja tetapi di bebani hutang PTPTN 

2️⃣ Memiliki Rumah

Pengalaman saya membeli rumah pertama pada tahun 2009 harga sekitar RM260,000. Kini, dengan keluasan rumah yang semakin mengecil harga rumah telah menjadi RM700,000!

Ada juga yang mengharapkan rumah pusaka. Jika anda anak saudagar intan belian Alhamdulillah, pasti banyak rumah yang boleh diwarisi. Namun jika anda dari golongan yang sederhana, rumah pusaka itu akan menjadi rebutan adik-beradik. Nauzubillah, minta di jauhkan

Rumah makin mahal, maka ada yang berkata “ini semua kerja kapitalis!”. “Ini semua salah kerajaan!”. Kawan-kawan. Berhentilah menyalahkan orang lain. Kita tak boleh ubah orang lain, tetapi kita boleh ubah diri sendiri

Mulakan menabung hari ini. Kumpul dana dan masuklah membeli rumah-rumah lelong. Anda akan terkejut banyak rumah-rumah yang sangat murah di pelbagai lokasi. Cuma ada perlukan sedikit modal sekitar 20%-30% dari harga jualan untuk mula membida

3️⃣ Persaraan

Menurut statistik dari Jabatan Statistik Malaysia, purata jangka hanyat rakyat Malaysia meningkat kepada 73-78 tahun. Jika anda bersara pada umur 58, maka sekurangnya anda perlukan wang untuk sara diri 15-20 tahun lagi

Namun menurut kajian yaang di jalankan oleh KWSP, lebih 54% pencarum yang berumur 54 tahun mempunyai kuran RM50,000 di dalam akaun mereka! Cukup ke nak sara hidup 15-20 tahun lagi? Kajian juga ada menyebut lebih 50% caruman yang di keluarkan habis dalam masa kurang 5 tahun! Aduh!

Jika anda membaca statistik ini, bolehkah lagi anda berkata “tak perlu lah menyimpan, KWSP kan ada” 

4️⃣ Menunaikan Haji

Menunaikan haji adalah impian seorang umat Islam. Namun impian tinggal impian jika anda tidak menabung. Jika kita mengimpikan sesuatu, kita kena berusaha. Rezeki jarang datang bergolek

Begitulah. jom mulakan simpanan untuk capai impian

.

Sudahkan anda memulakan simpanan? Jika berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan