TUNGGU

NOTA 002 

❇️❇️

TUNGGU

Manusia mempunyai pelbagai keinginan kemahuan sehinggakan gagal menyusun yang mana perlu di dahulukan dan yang mana perlu di kemudiankan 

Menyusun keutamaan adalah kunci kejayaan dalam kehidupan. Jika kita gagal menguruskannya dengan baik, kita mungkin mengalami kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian

Kita perlu menyusun keutamaan perbelanjaan. Bermula dengan keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Disusuli dengan pelaburan dan kemudian barulah kehendak-kehendak

Dalam hal ini, penyata kewangan peribadi memainkan peranan penting. Melalui penyata kewangan, kita dapat menentukan sama ada kita patut membaiki aliran tunai, menyelesaikan hutang atau dapat terus memulakan pelaburan secara serius.

Bagi pelaburan, jangan pernah menunggu untuk situasi sempurna bagi kita hendak mula. Ini adalah kerana masa tidak pernah menunggu kita. Peluang tidak datang mengetuk pintu rumah kita dan menjemput kita. Peluang perlu di cipta bagi mendapat manfaatnya

Kadangkala situasinya tidak begitu sempurna sewaktu kita hendak membuat sesuatu pelaburan. Sebagai contohnya, modal yang ada RM10,000 tetapi emas yang hendak dimiliki bernilai RM10,500

Jika inilah situasinya dan dengan anggapan yang kita telah melakukan kajian yang mencukupi, maka kita patut membuat pelaburan tersebut walaupun kita terpaksa ‘berkorban’ sedikit dan seketika. Mungkin menanguh dahulu keinginan yang lain

Namun akhirnya, pengorbanan yang kita lakukan untuk menangguh keinginan membuahkan hasil apabila kita memperolehi pulangan dari pelaburan tadi

Jika kita mengambil keputusan untuk menunggu sehingga situasinya sempurna sebelum melabur, maka kita mungkin akan menunggu teramat lama! Malah, kita mungkin tak jadi melabur akhirnya kerana wang sudah habis di belanja

Melihat prestasi harga emas, peluang untuk membuat untung dalam jangka masa panjang terhidang luas. Harga emas secara puratanya meningkat saban tahun. Uniknya emas berbanding aset-aset yang lain adalah kita boleh memiliki nya sedikit demi sedikit

Dengan akaun emas GAP, kita boleh menabung emas serendah RM100 tanpa sebarang caj Menabung mengikut bajet yang ada tanpa sebarang komitmen. Menjadi penyimpan konsisten dalam jumlah yang sedikit adalah lebih baik daripada tungu dan terus menunggu untuk menyimpan

Dapat sesuatu?

.

Jika ingin memulakan simpanan bersama Public Gold, anda boleh hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful