4 SEBAB UNTUK MEMILIKI EMAS

NOTA 066 

❇️❇️

4 SEBAB UNTUK MEMILIKI ASET EMAS

Selama berabad lamanya emas menjadi sebahagian logam berharga yang di hormati di seluruh dunia kerana nilai dan kesanya di dalam sosio ekonomi dan politik setempat.

Emas adalah di antara logam yang di katakan sangat berharga kerana sifat semulajadinya yang tidak boleh di cipta dan tidak mudah teroksida berbanding logam lain malah ia mengekalkan berat asalnya. Logam lain seperti besi atau tembaga boleh teroksida (berkarat) dengan mudah

Selama berabad, orang memiliki emas menggunakan pelbagai alasan. Masyarakat dan ekonomi telah meletakkan emas di atas satu standard yang menyebabkan nilainya kekal utuh. Berikut adalah 4 sebab praktikal untuk anda nilaikan bagi menjadikan emas sebagai sebahagian portfolio kewangan anda

1️⃣ Perlindungan daripada penyusutan nilai matawang

Krisis ekonomi yang melanda Asia 1997 memberi kesan mendalam pada nilai Ringgit

Banyak faktor yang menentukan nilai matawang bagi sesebuah negara. Di antaranya adalah faktor ekonomi seperti nilai import dan eksport, inflasi, prestasi pasaran ekuiti dan sebagainya. 

Sejarah telah tercatat bahawa pada tahun 1997 negara telah di kejutkan dengan penyusutan nilai Ringgit sebanyak hampir 93% berbanding US Dolar (RM2.47 kepada RM4.77). Harga barang naik sekelip mata untuk produk Lebih-lebih lagi produk yang di import

Walaupun Ringgit di lihat semakin stabil, tiada jaminan bahawa perkara sebegini tidak akan berlaku lagi. Emas mampu ‘mestabilkan’ impak kesan kejatuhan ringgit dengan mengekalkan kuasa beli pemiliknya

2️⃣ Perlindungan dari inflasi dan deflasi

Sejarah mencatkan emas mampu melindungi nilai terhadap inflasi kerana harga emas cenderung untuk naik ketika kos sara hidup meningkat. 

Begitu juga apabila berlakunya deflasi, aktiviti perniagaan menjadi perlahan dan keadaan ekonomi terbeban dengan hutang maka pelabur mula beralih kepada emas bagi mengekalkan nilai ‘ekonomi’ mereka. 

3️⃣ Permintaan yang semakin meningkan menyebabkan kenaikan harga

Emas merupakan logam yang tidak boleh di cipta malah sumber yang semakin terhad. Permintaan terhadap emas saba tahun semakin meningkat, menyebabkan harganya turut meningkat.  

Permintaan emas (biru) meningkat berbanding harga emas (kuning)

Selain daripada itu, kos untuk memproses emas menjadi bahan mentah tersedia semakin tinggi. Sekiranya ramai orang ingin menggunakannya, mereka harus bersaing di antara satu sama lain bagi memilikinya dan ini pada akhirnya akan menyebabkan kenaikan harga emas.

4️⃣ Pelaburan paling selamat hampir tiada risiko

Pelaburan emas fizikal boleh di katakan hampir tiada risiko melainkan kiamat. Risiko – risiko yang wujud di dalam pelaburan emas boleh di urus dengan mudah. Pelaburan emas fizikal tidak perlu ada ilmu teknikal yang ‘advance’ tidak seperti pelaburan-pelaburan lain.

Baca: Strategi mudah pemurataan harga bagi memaksimakan pelaburan emas

.

Public Gold menyediakan platform jual beli emas mudah tanpa henti; 24 jam sehari 365 hari setahun. Public Gold menyediakan 3 kaedah pembelian mudah iaitu

  1. Tunai (outright purchase)
  2. Ansuran sehingga 10x (SEPP – Syariah Easy Payment Purchase) dan
  3. Akaun emas GAP (Gold Accumulation Program)

Kaedah yang di sediakan ini memudahkan pelanggan memiliki emas mengikut bajet tersendiri 

.

Ingin mulakan simpanan emas tapi tak tahu cara? Hubungi saya untuk bantuan 

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *