NOTA 060
❇️❇️
UPAH BK DAN GB BAGAIMANA NAK KIRA
Barang kemas(BK) adalah emas perhiasan kaum hawa yang di datangkan di dalam pelbagai reka bentuk dan fesyen. Ada juga BK ini di jenamakan dengan pelbagai nama sempena meraikan objek, makanan, tumbuh-tumbuhan, ubat dan sebagainya
Pulut dakap, panadol, biskut tawar, daun ketum, daun kari dan pelbagai lagi fesyen terkini. BK boleh di kategorikan sebagai seni halus hasil kerja tangan tukang emas. Bergantung kepada hasil akhir kerja yang di inginkan, lebih rumit/halus hasil kerjanya maka lebih tinggi kemahiran yang perlu ada pada tukang
Sebagai contoh perbandingan seorang doktor di klinik biasa dengan doktor pakar bedah semestinya berbeda. Untuk membuat pembedahan jantung misalnya, semestinya doktor yang melakukan pembedahan itu perlu memiliki kelulusan dan kemahiran yang tinggi (pakar) dan tidak sama dengan doktor di klinik biasa.
Kemahiran ini yang di perolehi oleh si tukang emas (atau doktor) ini adalah hasil dari pengalaman mereka dalam bidang tugas mereka. Maka semestinya upah yang di kenakan berbanding tukang emas (doktor) biasa adalah berbeza
Harga upah untuk BK adalah subjektif bergantung kepada nilai yang di tetapkan oleh si tukang atas kemahiran yang dia miliki. Tiada harga rujukan standard
Contoh pengiraan harga emas BK di dalam gambar di atas
Terpulang pada anda untuk menerima harga upah tersebut kerana harganya adalah subjektif. Mungkin tukangnya berkelulusan PhD jadi upahnya tinggi berbanding tukang berkelulusan SRP (ini contoh sahaja)
Di Public Gold pula, upah (product premium) adalah berdasarkan jenis produk emas atau jenis jongkong / syiling yang di beli
Kelebihan utama Public Gold adalah, membeli dan menyimpan emas di dalam akaun emas GAP adalah percuma! Tiada sebarang caj yang di kenakan, tiada yuran tahunan atau yuran penyelenggaraan. TIADA
Apabila arahan pengeluaran emas dari akaun di lakukan, barulah anda perlu membayar upah (product premium) berdasarkan jenis produk
Sebagai contoh, di akaun emas GAP anda mempunyai 100g
Jika anda mengeluarkan 1gram sebanyak 100 keping maka caj upahnya adalah
= RM10 x 100 keping
= RM1,000
Jika anda mengeluarkan 100gram sebanyak 1 keping maka caj upanya adalah
= RM70 x 1
= RM70
Makin besar, makin murah kos upah (product premium) nya.
.
Dapat sesuatu?
Mulakan simpanan emas anda hari ini. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
.
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful