SIMPAN EMAS CARA KAIZEN

NOTA 059 

❇️❇️

SIMPAN EMAS CARA KAIZEN

Kaizen adalah istilah Jepun yang membawa maksud “perubahan menjadi lebih baik” atau “peningkatan / penambahbaikan secara berterusan”. Kaedah ini seringkali di guna pakai dalam organisasi bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, keberkesanan, keselamatan, dan pengurangan pembaziran

Cohtoh perbuatan kaizen kecil yang mampu memberi impak yang besar dalam kehidupan

Memulakan kaedah kaizen tidak memerlukan berubahan yang besar atau drastik. Cukup sekadar bermula daripada perubahan yang kecil tetapi konsisten. Perubahan dan penambahbaikan yang kecil ini secara kolektif akan membawa impak cukup besar

Kenapa tidak di galakan kan untuk bermula dengan perubahan besar? Ini adalah kerana otak manusia hanya mampu memproses maklumat sedikit demi sedikit. Namun apabila yang sedikit ini di lakukan dengan kerap, ia akan menjadi satu tabiat (habit) yang mampu memberi kesan yang bermakna

Jika anda baru mengenali emas atau baru sahaja untuk belajar bagaimana emas dapat membantu anda capai matlamat kewangan, kaedah ini amat sesuai untuk anda 

Langkah pertama adalah dengan bermula dengan gram yang kecil. Sebagai contoh cuba mulakan dengan 1 gram sebulan. Jumlah ini kecil namun cukup sebagai permulaan. Untuk menukarkan tabiat lama menyimpan tunai kepada menyimpan emas, ia perlukan masa

1 gram keluaran Public Gold. Simpan sekeping di dalam dompet sebagai pembakar semangat

Perubahan radikal atau besar perlukan azam yang kuat walhal anda belum tahu lagi sejauh mana emas mampu membantu anda. Jadi mulakan dengan kecil tetapi konsisten

Langkah kedua, rasakan perubahan sebelum dan selepas menyimpan emas. Apakah perbezaan yang anda alami dari sudut jumlah simpanan. Jika sebelum ini anda tidak pernah menyimpan kerana kebocoran wang, percayalah dengan emas simpanan anda akan bertambah

Keyakinan ini timbul kerana saya bercakap atas dasar pengalaman. Sebelum kenal emas, saya tiada langsung simpanan. Ibarat kais bulan makan bulan. Wang bonus pun hilang tanpa jejak. Alhamdulillah, dengan emas simpanan bertambah dan insyaAllah kekal konsisten

Langkah tiga, apabila anda selesa dengan hasil yang anda perolehi dengan menyimpan emas maka anda boleh merancang untuk tambah jumlah simpanan bulanan mengikut kesesuaian bajet anda

Emas adalah simpanan jangkamasa panjang. Pastikan anda mempunyai simpanan kecemasan sekurangnya 3 bulan gaji. Jika berlaku keperluan, anda boleh gunakan wang ini dahulu dan tidak perlu untuk mencairkan simpanan emas

Langkah keempat, kongsikan dengan rakan anda tentang kebaikan menyimpan emas supaya ramai dapat manfaat. Kebaikan harus di kongsi

Dapat sesuatu?

Mulakan simpanan emas anda hari ini. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan 

.

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful