TANYA SOALAN INI SEBELUM BELI EMAS

NOTA 057 

❇️❇️

TANYA SOALAN INI SEBELUM BELI EMAS

Kesedaran untuk memiliki emas sebagai simpanan jangka masa sederhana dan panjang cukup baik. Namun ada beberapa perkara kena selidik dulu sebelum beli emas

Walaupun semua emas adalah sama dari segi luarannya, namun nilai tambah yang di bawa bersama emas tersebut harus turut di ambil berat

Proses sebelum dan selepas memiliki emas tersebut haruslah memudahkan anda. Untuk mengelakkan kesalahan ‘newbie’ – “beli dulu fikir kemudian”; berikut adalah 3 soalan yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli emas pelaburan

1️⃣ Kat mana nak jual balik emas ni?

Emas tidak memberikan dividen tahunan seperti ASB. Cara mendapatkan keuntungan dengan emas hanyalah dengan menjualnya kembali. Emas boleh di jual di mana-mana sahaja kedai yang membuat urusan jual beli

Dalam banyak kes, kebiasaannya anda akan jual balik emas tersebut di tempat anda membelinya. Namun jangan terkejut ada juga syarikat/kedai yang menjual emas tidak membeli kembali produk yang di jualnya. Mungkin faktor polisi syarikat, kekurangan modal dan sebagainya 

Jika anda membeli emas di Public Gold, sebaik – baiknya anda menjual kembali emas tersebut di mana-mana cawangan Public Gold. Public Gold membeli jaminan bahawa syarikat akan membeli kembali produknya tidak mengira keadaan emasnya (rosak, patah, bengkok dan sebagainya). Dan paling best anda nak jual 1,000 gram pun Public Gold beli  (tanpa had)

Public Gold beri jaminan untuk membeli semula emas keluarannya

Harga emas di website Public Gold di kemas kini setiap 20 minit. Jadi anda boleh mengawasi harga hanya di web tak perlu ‘pm’ sana, ‘pm’ sini untuk bertanya harga (penat). Kunci harga jualan di web, dan hantar emas anda di cawangan berhampiran 

Fungsi menjual kembali emas di dalam akaun emas GAP. Masukkan jumlah dan teruskan proses penjualan

Jika anda menabung dengan akaun emas GAP, jual emas ada dengan beberapa klik sahaja. Mudah bukan? 

2️⃣ Berapa spread emas saya beli?

‘Spread’ adalah beza harga belian dan jualan harian bagi emas. Ianya di ukur dalam bentuk peratusan (%). Cara pengiraannya adalah seperti berikut

Nilai spread (%) = [(Harga jualan – Harga Belian) / Harga Jual] x 100%

Sebagai contoh;

Harga jualan 100g = RM24,472

Harga belian 100g = RM22,759

Nilai Spread (%) = [(RM24,472 – RM22,759) / RM24,472] x 100%

= (RM1,713 / RM24,472) X 100%

= 7% 

Nilai spread emas keluaran Public Gold

Nilai spread ini penting kerana semakin kecil nilai spread, semakin anda cepat untung. Di Public Gold, lebih besar berat emas maka lebih kecil nilai spreadnya

3️⃣ Apa syarat jual beli yang perlu saya tahu?

Soalan ini ramai sebenarnya orang terlepas pandang. Slalunyanya orang bandingkan harga tanpa melihat soalan ini sebagai kriteria membeli emas

Contohnya: Adakah sesebuah syarikat itu menerima balik emas tersebut sekiranya sijil ketulenan hilang? atau plastik laminate emas dibuka atau emas tersebut calar, goris atau bengkok? 

Jangan terkejut, ada syarikat yang menolak untuk membeli balik emas emas anda sekiranya ada calar (hatta secoet), goris dan bengkok. Contohnya Kijang Emas dari Maybank

Alasannya ialah nanti Maybank tak boleh jual balik kepada pembeli baru jika emas tersebut calar, goris atau bengkok (ye lah kan, siapa hendak emas rosak). Tetapi tidak bagi Public Gold. Public Gold membeli balik emas anda tidak kira bagaimana rupanya

Keadaan 1 dinar Public Gold yang rosak. Public Gold masih terima untuk di beli

Ini adalah kerana Public Gold mempunyai kilang emasnya tersendiri. Emas yang rosak ini akan di leburkan dan di cetak baharu tanpa sebarang masalah. Kenapa emas boleh terbuka plastik? tercalar, goris dan bengkok?

Ia boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa anda sedari ketika memegang dan sebagainya. Sifat loga emas tulen 24K (99.99%) ini adalah lembut. Ia juga boleh berlaku semasa proses Ar-Rahnu. Sebab ada arrahnu yang meminta anda buka plastik laminate untuk mereka uji emas tersebut

Semasa ujian densimeter (timbang berat dan timbang dalam air), mereka akan sepit emas tersebut dengan penyepit besi dan menggoncang emas tersebut di dalam air. Ia boleh mencalarkan emas anda (kalau emas 999.9)

Banyak kriteria yang harus anda ambil berat, maka nilailah ia secara total. Dengan Public Gold, proses dari awal membeli hingga akhir akan memudahkan urusan anda. Jimat masa, tenaga dan wang.

Baca : Kenapa anda perlu memilih emas keluaran Public Gold 

 Jika anda ingin mulakan simpanan emas anda hari ini. Hubungi saya untuk bantuan menggunakan link di bawah

.

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://heylink.me/kamaruddin/

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful