NOTA 052
❇️❇️
PERANCANGAN KEWANGAN KELUARGA
Tidak kira samada anda bujang atau bekeluarga, baru memulakan kerja atau sudah lama di alam pekerjaan, merancang kewangan menjadi salah satu perkara penting yang perlu di ambil berat
Perancangan kewangan bukan sekadar membayar komitmen bulanan seperti keperluan makanan, tempat tinggal dan kenderaan, tetapi ia lebih daripada itu
Perancangan yang baik seharusnya meliputi 3 komponen utama yang di oleh dari sumber pendapatan yang di terima bagi menjamin kelestarian sebuah kehidupan iaitu penyimpanan, pelaburan dan perlindungan
Sebagai analogi mudah untuk kita faham, ketiga – tiga komponen ini berfungsi seolah-olah sebuah pasukan bolasepak. Demi memastika kemenangan sebuah pasukan (kita) di padang bola (kehidupan), instrumen ini perlu bekerja sama dengan baik
1️⃣ Penyimpanan – Bertahan Ketika Gawat
Fungsi komponen penyimpanan di ibaratkan sebagai pasukan tengah – ‘midfielder’. Mereka boleh turun ke bawah menjadi pertahanan dan juga naik ke atas untuk menyerang.
Menyediakan dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan dapat membantu tatkala kegawatan atau keadaan di luar kawalan berlaku. Sebaiknya dana ini di simpan di tempat yang sedikit sukar untuk di akses seperti Tabung Haji dan ASB bagi mengelakkan ia bocor dibelanjakan
Jika masih sukar untuk mendisplinkan diri, emas boleh di jadikan sebagai alternatif. Emas mempunyai auranya tersendiri di mana ia mampu mendisplinkan penyimpannya untuk terus konsisten menabung. Selain itu, emas memberikan pulangan yang amat baik untuk jangka masa sederhana dan panjang. Begitu lah ‘miedfielder’, memberikan sumbangan kepada ‘striker’ untuk menjaringkan gold (pulangan)
Tidak perlu banyak untuk mula menyimpan. Bermula dengan asingkan 10% daripada pendapatan anda. Tambah peratusan simpanan itu bilamana anda sudah selesa dengan bajet tersebut dan terus konsisten
2️⃣ Pelaburan – Kembangkan Aset
Pelaburan ibarat seorang penyerang Di padang bola. Untuk pasukan anda menang, anda perlu menjaringkan gol. Jika hanya bertahan anda tidak akan menang. Sebahagian pakar kewangan mengatakan bahawa “savers are loser” atau “penyimpan adalah rugi”. Mereka mengatakan demikian adalah kerana dengan hanya menyimpan tunai di bank, kadar pulangan yang di berikan adalah sangat rendah
Kebanyakkan pulangan yang di beri adalah lebih rendah daripada kadar inflasi. sebagai contoh, jika pulangan bank berikan sekirat 3-4% setahun manakala kadar inflasi pula 4-5% setahun maka secara matematiknya nilai duit itu tidak berkembang malah merugikan
Untuk mengatasi hal ini, anda perlu melabur. Wang yang anda simpan itu perlu bekerja dengan lebih keras untuk anda. Ada pelbagai instrument pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang baik seperti unit amanah, hartanah, saham dan sebagainya. Sebelum melabur pastikan anda faham dan jelas tentang risiko yang ada
3️⃣ Perlindungan – Takaful Ketika Musibah
Fungsi komponen perlindungan di ibaratkan sebagai penjaga gol dan pasukan pertahanan. Mereka adalah barisan terakhir bagi mengawal gol dari di bolosi
Hospital dan klinik kerajaan memberi kemudahan dengan caj yang berpatutan. Namun, jika berlaku kecemasan, kadangkala anda perlu menunggu lama kerana jumlah pesakit yang ramai dan fasiliti yang terhad dan ini menjadikan pilihan yang terbaik ketika itu adalah hospital atau klinik swasta
Sebagaimana di ketahui, kos perubatan swasta adalah tinggi (ada juga sesetengah prosedur di hospital kerajaan perlukan bayaran penuh). Dengan perancangan yang betul, kos penjagaan kesihatan keluarga bukan lagi satu beban yang membelenggu fikiran anda
Perlindungan takaful juga penting kerana ia boleh meringankan beban. Sebagai contoh jika anda di timpa musibah sakit dan tidak mampu lagi bekerja, komitmen bulanan seperti bayaran rumah, kereta dan utiliti masih perlu di teruskan.
Dengan adanya perlindungan, komitmen tadi boleh di langsaikan dengan mudah tanpa perlu bergolok – gadai. Secara asasnya, jika anda bergaji RM36,000 setahun (RM3,000 sebulan) anda memerlukan perlindungan 10 kali ganda gaji tahunan anda iaitu RM360,000. Dan untuk perlindungan itu anda hanya perlu memberikan komitmen sekitar RM120 sebulan. Kadar bulanan itu sangat rendah iaitu 4% daripada gaji. Jika masih belum mampu, maka kurangkan jumlah hibah mengikut kemampuan. Sebagai contoh hibah RM150,000, sumbangan bulanan hanya RM60 sahaja!
Rancang kewangan anda hari ini. Jangan bertangguh! Ayuh
.
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
Jika anda ingin memulakan simpanan emas dengan Public Gold , hubungi saya untuk bantuan
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan