NOTA 051
❇️❇️
BERHARAP DAN BERUSAHA DUA PERKARA BERBEZA
Ramai yang ingin menjadi kaya. Mereka membayangkan apabila menjadi kaya semuanya indah. Menaiki kereta mewah, makan makanan yang sedap-sedap, tinggal di rumah besar, dan paling ‘best’ tak perlu lagi memikirkan untuk membayar segala bil dan sebagainya
Defini kaya bagi setiap individu sebenarnya berbeza. Tidak semua berkisarkan wang namun hampir segalanya memerlukan wang untuk berbelanja. Makanan, kesihatan, kenderaan, pendidikan dan sebagainya perlukan wang
Namun sering kali ramai yang terperangkap; tidak dapat membezakan antara keperluan dan kemahuan yang akhirnya akan mengakibatkan perbelanjaan melebihi pendapatan. Dan selepas dari itu maka muncul lah akibat – akibat seterusnya iaitu berhutang, meminjam dan 1001 masalah
Ramai ingin menjadi kaya. Namun persoalannya, berapa ramaikah yang berusaha ke arah untuk menjadi kaya? Sebagai refleksi diri cuba fikir sejenak, apakah tindakan kita yang telah kita lakukan untuk menjadikan kita capai apa yang kita impikan? Apakah rancangan yang telah kita aturkan untuk capai impian tersebut?
Adakah anda pernah mempunyai senarai perkara yang ingin dilakukan atau tindakan yang harus diambil, tetapi akhirnya tertangguh dan tertangguh? Namun, dalam banyak-banyak perkara tertangguh tadi ada di antara perkara tersebut yang akhirnya dapat di laksanakan. Cuba tanya diri sendiri, kenapa itu berlaku?
Saya percaya, di antara perkara-perkara yang tertangguh tadi berjaya di selesaikan kerana perkara tersebut bertukar daripada PERKARA YANG PERLU DI LAKUKAN menjadi PERKARA YANG MESTI DI LAKUKAN. Dulu ia sesuatu perkara yang perlu dilakukan dan tiba – tiba ia menjadi perkara mesti dilakukan. Sunat menjadi Wajib
Sebagai contoh, dulu bercita-cita hendak menurunkan berat badan. Namun hasrat itu tertangguh-tangguh. Nanti lah… esok lah… bulan depan lah… Namun akhirnya, di takdirkan Allah sakit tiba – diabetis, sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. Perkara menurunkan berat badan suatu ketika dulu menjadi perkara ‘sunat’ atau perlu kini menjadi perkara ‘wajib’ atau mesti – sebab kesihatan. Kata orang tua, sudah terhantuk baru terngadah
Begitu juga untuk menjadi kaya. Tiada faktor yang mendorong untuk kita menjadi kaya. Hanya angan – angan kosong tidak dapat membantu. Hendak mengubah sikap menabung dahulu sebelum berbelanja pun susah
Langkah pertama untuk menjadi kaya adalah belajar menyimpan. Belajar korbankan ‘nafsu’ berbelanja untuk menyimpan. Menyimpan perlukan latihan dan konsisten. Ubah sikap belanja dahulu baru simpan. Belajar menjadi displin
Dan selepas berjaya belajar bagaimana hendak kekal menyimpan, barulah belajar bagaimana hendak kembangkan tabungan tadi. Ulang langkah simpan dan kembang untuk kembangkan kekayaan anda
Jika tidak mampu untuk menyimpan tunai (itu normal kerana sifat asal duit adalah untuk berbelanja) cuba kaedah lain seperti menyimpan emas. Emas mempunyai auranya tersendiri, semakin simpan semakin bertambah
Cubalah
Jika anda ingin memulakan simpanan emas dengan Public Gold , hubungi saya untuk bantuan
.
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan