NOTA 050
❇️❇️
TABUNG KECEMASAN
Salah satu faedah menyediakan tabung kecemasan adalah dapat ia membantu anda menghadapi ribut malang yang tiba-tiba melanda. Kecederaan, penyakit, bencana atau kehilangan pekerjaan adalah semua keadaan yang boleh memberi tekanan besar kepada kewangan and
Ia merupakan saat-saat genting yang mana dimana anda perlu memiliki dana kecemasan yang dapat diakses dengan cepat dan mudah
Pakar kewangan berpendapat memiliki jumlah simpanan minima 3 bulan gaji adalah memadai sebagai permulaan. Namun memiliki lebih simpanan seperti 6 hingga 12 bulan gaji adalah lebih baik sebagai ‘insurans’ kecemasan tatkala di perlukan
Berita baiknya ialah, membina jaring keselamatan lebih mudah daripada yang anda fikirkan. Ada pelbagai cara yang di cadangkan, di antaranya adalah
1️⃣ Tabung Tunai
Sebelum mula berjimat, anda perlu mengetahui berapa banyak wang yang anda perlu belanjakan. Jejaki perbelanjaan anda dengan teliti, untuk mengatahui berapa banyak yang anda belanjakan untuk makanan, utiliti, pengangkutan, pakaian dan hiburan
Sebagai contoh jika anda berbelanja sebanyak RM3,000 sebulan, maka untuk 3 bulan tabung kecemasan anda perlu menyediakan RM9,000. Disiplinkan diri anda untuk menyisihkan peratusan pendapatan anda setiap bulan
Buat arahan potongan berjadual dari akaun simpanan anda ke dalam suatu akaun khusus yang lain bagi memudahkan anda untuk semak kemajuan yang telah di capai
2️⃣ Tabung Emas
Jika anda seorang yang sukar untuk menyimpan tunai, emas boleh di jadikan tabung kecemasan yang sesuai. Kadar kecairannya yang tinggi menjadikan ia lebih fleksibel tatkala wang tunai di perlukan segera
Samada anda menjual emas tersebut atau membuat pijaman mikro berjagarkan emas di ar-Rahnu, mendapatkan tunai segera adalah amat mudah
Di Public Gold, emas di dalam akaun emas GAP juga boleh di pajakkan untuk tunai segera. Hanya beberapa klik di hujung jari urusan telah selesai dengan jayanya. Kemudahan ar-Rahnu digital ini amat mudah dan semestinya urusniaga adalah patuh syariah
Dapat sesuatu?
.
Jika anda ingin memulakan simpanan emas dengan Public Gold , hubungi saya untuk bantuan
.
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻☀️ https://heylink.me/kamaruddin/
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan