NOTA 049
❇️❇️
I-SINAR BUKAN WANG BONUS
Rata-rata minggu ni ramai orang ‘muka ada senyum’. Senyuman meleret sampai ke telinga. Mana tidaknya, ramai telah mendapat wang KWSP melalui pengeluaran i-sinar
Namun sebagai peringatan, suka saya ingatkan diri saya dan rakan-rakan bahawa wang i-sinar itu bukan lah wang bonus atau durian runtuh
Wang i-sinar adalah wang dari tabungan KWSP. Sebagaimana yang kita ketahui, tabung KWSP adalah tabung hari tua kita nanti. Duit tabungan KWSP tersebut akan menjadi wang sara hidup ketika mana kita sudah bersara dan tidak lagi mempunyai pendapatan yang tetap
Jadi sebelum anda memutuskan untuk berbelanja wang tersebut maka berfikirlah sejenak.
✅ Adakah anda betul-betul memerlukan wang tersebut sekarang?
✅ Adakah jika anda mengunakan duit tersebut hari ini maka ia boleh berikan lebih banyak manfaat?
✅ Adakah faedah yang di terima lebih baik berbanding pulangan yang di berikan setiap tahun oleh KWSP?
Jika tidak, saya nasihatkan tak perlu guna dan simpan. Jika ya, teruskan
Menurut Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, beliau menyenaraikan 10 perkara yang boleh di manfaatkan daripada wang i-sinar.
1️⃣ Bayar Hutang
Dengan mengurang atau menglangsaikan hutang anda mampu menambah baik aliran tunai (cashflow) dan membolehkan anda mempunyai lebihan wang yang boleh di gunakan untuk tujuan lain
2️⃣ Berniaga
Berniaga dapat menambahkan sumber pendapatan. Sebaiknya mulakan perniagaan yang mudah tanpa modal seperti menjadi ajen dropship, affiliate dan sebagainya
Jika memulakan perniagaan yang perlukan modal, elak kan perniagaan yang merlukan modal yang besar dan sesekali jangan mulakan perniagaan dengan berhutang. Seumpama bayi yang lahir banyak perkara perlu belajar. Jangan paksa bayi untuk marathon! (Fahamkan analogi saya?)
3️⃣ Simpan dalam ASB
ASB adalah pelaburan paling mudah. Namun mengikut prestasi 2020, ASB memberikan pulangan 4.25% manakalah KWSP memberikan pulangan 4.62%. Hmmm 🤔 Terapi tahun 2020 ASB memberikan bonus 0.75% bagi 30,000 unit saham kebawah maka pulangan ASB 2020 adalah sekitar 5.00% setahun (boleh laa.. 😁)
4️⃣ Beli Barang Keperluan Pendidikan
Di musim PKP, anak-anak memerlukan gajet untuk pembelajaran atas talian. Maka duit ini bolehlah di laburkan pada keperluan anak-anak ini. Sekolah juga telah di muka, mungkin ada sedikit sebanyak keperluan sekolah perlu di tambah
5️⃣ Sediakan Tabung Kecemasan
Tabung ini adalah tabungan wajib untuk menampung sebarang kejadian kecemasa yang mungkin timbul. Apabila keperluan mendesak tiba, contoh hilang pekerjaan atau sebagainya duit ini boleh di jadikan wang sara hidup sementara mendapat pekerjaan baharu
6️⃣ Ambil Kursus Persediaan
Zaman ini zaman mencabar. Gunakan wang i-sinar untuk tambah ‘skill’ belajar benda baharu seperti menjahit, ‘bakery’ dan sebagainya. Paling tidak, kemahiran tadi dapat di gunakan untuk menambah pendapatan
7️⃣ Beli Emas
Emas adalah aset yang fleksibel. Secara purata harganya meningkat di dalam jangkamasa panjang. Beli emas mesti dapat emas, jangan tertipu dengan skim yang menawarkan pembelian emas dapat hibah. ‘Confirm’ tipu!
8️⃣ Tampung Kos Sara Hidup
Ramai individu yang terjejas sejak wabak Covid-19 melanda. Wang ini boleh digunakan sebagai wang sara hidup untuk bertahan sementara mencari sumber pendapatan baharu yang lebih konsisten. Gunakan sebaiknya
9️⃣ Beli Barang Keperluan Kerja
Di musim PKP ada sesetengan individu perlu untuk bekerja dari rumah. Oleh yang demikian wajar ia digunakan untuk membeli komputer riba (misalnya) untuk membolehkan anda terus melaksanakan tugasan di rumah. Takde lah nanti berebut dengan anak untuk buat kerja sekolah
🔟 Beli Barang Peribadi
Pembelian barang peribadi yang bermanfaat sebagai ganjaran kepada diri sendiri. Ia boleh digunakan dalam kadar atau amaun yang munasabah dan tidak membazir. Namun jika di firkan balik, tangguhkan sahaja dulu kehendak. Bagi saya, buat perkara 2️⃣ dan 3️⃣ misalnya, hasil daripada tindakan itu barulah membeli barang kehendak
.
Dapat sesuatu?
Jika anda ingin memulakan simpanan emas dengan Public Gold , hubungi saya untuk bantuan
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan