
NOTA 046
❇️❇️
TIPS JIMAT MUDAH JE!
Jika di turutkan hati, mati. Jika di turutkan rasa, binasa. Peribahasa yang sering kita dengar. Dengar je lah… buatnye tidak (saya lah tu 😭)
Benar. Jika di ikutkan hati segala benda dan segala macam saya inginkan. Nak pakai superbike, nak PS5, nak iphone 12, dan macam-macam lagi lah keinginan. Namun, saya harus berpijak di dunia realiti dimana tak semua benda yang saya hendak saya akan dapat
Namun ada satu perkara yang saya amat mahu, iaitu ingin bersara dengan selesa. Ya, bersara dengan aman tanpa perlu menyusahkan sesiapa lebih-lebih lagi anak-anak. Jadi, saya perlu bersedia dari sekarang. Jika diri sendiri tidak bersedia, bagaimana pula hendak mengharapkan orang lain hendak bantu?
Menurut pakar ekonomi, mereka mencadang 3 langkah mudah untuk berjimat cermat. Dengan penjimatan yang di lakukan, sedikit sebanyak boleh menambah tabung bersaraan nantI
1️⃣ Refuse atau Menolak
Orang Malaysia ni sangat baik. Susah betul untuk berkata TIDAK. Apa sahaja jualan murah, semua di serbunya. Kononnya boleh jimat. Namun sangkaan mereka meleset. Kata-kata ‘boleh jimat’ tadi akhirnya menjadi kata-kata yang menipu diri sendiri (kebanyakkan individu bukan semua)
Contoh mudah, kononnya masuk di kedar RM2 dapat jimat nak beli mentol tetapi bila keluar kedai penuh 3 plastik di borongnya. Akhirnya, hantu yang di salahkannya (dikatakan kedai itu berhantu)
Katakan tidak kepada perkara yang tidak menjadi keperluan. Bezakan yang mana kehendak dan yang mana keperluan. Perkara di dalam kategori keperluan adalah seperti makanan dan kenderaan. Manakala perkara di dalam kategori kehendak adalah seperti makan di kepci setiap hari dan memiliki kereta tak padan dengan gaji.
2️⃣ Reduce atau Kurangkan
Ada perkara yang kita perlu pakai namun kadangkala ianya berlebihan, lebih dari sekadar yang mencukupi. Misalnya, jika anda menggunakan data telefon dan panggilan tanpa had dengan bayaran bulanan RM150, tetapi kebanyakan masa anda mengunakan WiFi pejabat atau di rumah
Jadi alternatifnya kurangkan pakej langganan talian anda (downgrade) kepada pakej yang sesuai dengan bayaran lebih rendah. Walaupun anda nampak kecil, ini adalah langkah pertama yang sangat baik
Bila mana anda melihat dari sudut pandang bahawa dengan sekecil – kecil penjimatan sebegini, ia mampu mengubah cara anda berfikir soal kepentingan berjimat dan mencapai sebah impian kewangan
3️⃣ Refine atau Perhalusi
Susun semula perbelanjaan bulanan anda. Senaraikan satu per satu dan lihat kembali yang mana anda rasa kalau potong pun tak apa. Lagi banyak anda dapat potong yang mana tidak perlu, lebih jimat dan lebih cepat untuk penuhi tabung impian
Contoh langganan tv satelit Astri. Berapa banyak masa anda habiskan untuk menonton dalam sehari? Seminggu? Sebulan? Jika bilamana anda semak dan dapati tak tengok mana pun sebab balik rumah dari tempat kerja dah jam 6 petang. Tum tam tum tam dengan anak-anak dah jam 9. Lepas tu tidur
Hujung minggu pula keluar makan angin bersama keluarga. Alih – alih tak tengok pun tv tadi. Tak sempat. Jadi, daripada anda membuat sedekah amal jariah membayar bil tidak perlu, apa kata duit tadi masuk tabung impian anda. Lagi baik kan?
Robert Kiyosaki mentor kewangan tersohor di dalam bukunya berkata – orang berjiwa miskin akan berpusu-pusu membeli belah bilamana ada jualan murah di pasaraya tetapi mereka menjauhkan diri bilamana ‘pasaraya’ emas mengadakan jualan murah. Mereka melihat jualan murah di pasaraya itu adalah peluang tetapi mereka gagal melihat kejatuhan harga emas itu sebagai peluang yang membolehkan mereka menambah jumlah simpanan
Ianya soal bagaimana anda melihat dan peluang. Dapat sesuatu?
.
Jika anda ingin memulakan simpanan emas dengan Public Gold sebagai tabung persaraan anda, hubungi saya untuk bantuan
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan