MASA & EMAS PERLABURAN PERLUKAN MASA

NOTA 045 

❇️❇️

MASA DAN EMAS PELABURAN PERLUKAN MASA

Cerita sebuah jam.

Alkisah, seorang tukang jam berkata kepada jam yang sedang dibuatnya;

“Wahai jam, adakah engkau sanggup untuk berdetak sebanyak 31,104,000 kali selama setahun?”,

Jam terperanjat.

“Ha??? 31,104,000 kali? Banyaknya! Tak mungkin saya dapat lakukan” , jawab jam. 

“Jika begitu, bagaimana sekiranya engkau berdetak sebanyak 2,592,000 kali dalam sebulan?” tanya si tukang jam lagi.

“2,592,000??? Terlalu banyak. Aku tak mampu berdetak sebanyak itu”, jawab si jam. Konsisten ia meragui dirinya. 

“Bagaimana jika 86,400 kali dalam sehari?” tanya si tukang jam lagi. 

“Maaf Tuan, dengan keadaan begini, aku tak mampu untuk berdetak sebanyak 86,400 kali”. jawab jam penuh keraguan.

Tukang jam tersenyum dan bertanya lagi,,

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam masa satu jam?”

“Dalam satu jam harus berdetak 3,600 kali? Masih banyak!”. Jam tetap ragu-ragu dengan kemampuan dirinya sendiri.

Tukang jam  penuh sabar berbicara bicara kepada jam.

“Jika begitu, apa kata kalau engkau berdetak sekali sahaja dalam setiap saat?”

“Haaa.. Jika sekali sahaja setiap saat, itu mudah. Aku sanggup lakukan!”

Tukang jam tersenyum mendengar jawapan jam.

Dia terus menyiapkan kerjanya lalu jam tersebut berdetak sekali sahaja setiap saat.

Masa berlalu dan terus berlalu, sedar tak sedar, jam itu terus berdetak dan berdetak.

Ia berdetak sekali sahaja sesaat. Setiap jam ia berdetak 3,600 kali. Setiap hari 86,400 kali setiap bulan 2,592,000 kali.

Dan akhirnya setiap tahun ia mampu berdetak sebanyak 31,104,000 kali!

Adaptasi dari cerita yang saya disampaikan oleh Ustaz Badli Shah

.

Membina tabung persaraan memerlukan matlamat yang jelas. Menurut kajian, purata jangka hanya rakyat Malaysia adalah 75 tahun. Jika anda bersara dari alam pekerjaan pada usia 55 tahun, bermakna anda meneruskan 20 tahun (240 bulan jika di izinkan Allah) kehidupan tanpa sumber pendapatan 

Anak-anak bukanlah sumber pendapatan. Tidak adil rasanya jika dari sekarang kita mengharapkan anak untuk membantu kita di hari tua kerana mereka juga ketika itu sibuk membina tabung persaraan

Jika perbelanjaan bulanan anda sekarang sekitar RM5,000, maka anda memerlukan RM1.2juta (RM5,000 x 240 bulan) sebagai wang saraan kehidupan anda ketika bersara. Banyaknya! Kisah jam tadi mengajar kita satu perkara, Jika anda berdikit-dikit dari sekarang, anda pasti boleh mengumpul dana mencukupi untuk bersara dengan selesa

1 kilo emas pada 20tahun dahulu hanya berharga RM35,000. Pada tahun 2020, 1 kilo emas berharga ~RM280,000 kenaikan sebanyak ~700%! Apakah harga emas 20 tahun akan datang ketika mana sumber emas ini semakin hari semakin berkurang dan permintaannya semaking meningkat?

.

Jika anda ingin memulakan simpanan emas dengan Public Gold sebagai tabung persaraan anda, hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan