NOTA 031
❇️❇️
BAJET ORANG KAYA & ORANG BIASA
Wang ringgit bukan kayu ukur yang sebenar untuk membezakan di antara orang kaya dan orang biasa
Jika orang kaya bergaji RM100,000 sebulan tetapi perbelanjaan bulanannya RM100,000 sebulan (tiada simpanan), beliau tidak kaya
Jika orang biasa bergaji RM1,500 sebulan tetapi perbelanjaan bulanannya RM800 sebulan (berbaki RM700 untuk simpanan), beliau adalah ‘orang kaya’ yang sebenar
Kekayaan bermula daripada sikap. Dari sikap yang sempurna ini akan mula diterjemahkan dalam perbuatan kebiasaan (habit). Untuk memiliki kacamata celik kewangan kita perlu kesedaran dalam kewangan terlebih dahulu
Apabila mempunyai kesedaran dalam celik kewangan, kita mula mampu membezakan dan seterusnya menyusun apa yang menjadi keutamaan dalam perbelanjaan. Orang kaya akan melihat matlamat jangka masa panjang dimana mereka akan memfokuskan sumber yang ada pada hari ini untuk kenikmatan masa hadapan
Menangguhkan kehendak hari ini membolehkan orang kaya mempunyai sumber untuk menjayakan pelan masa hadapan mereka. Kekayaan yang di cari bukan untuk di bawa mati, tetapi paling tidak bersedia untuk satu hari yang pasti tiba – hari tua.
Hari demi hari usia kita semakin tua dan kudrat kita makin berkurangan. Akan tiba masa apabila kita tidak lagi mampu untuk bekerja menyara diri. Oleh itu kita perlu bersedia. Pelaburan hari ini adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri menghadapi hari-hari yang mendatang
Pendapatan yang kita terima hari ini haruslah disusun dengan baik. Jika tidak dirancang sempurna, kemungkinan kita tiada lebihan untuk di laburkan. Pelaburan adalah perlu bagi membolehkan tabung matlamat (persaraan, pendidikan dab sebagainya) di penuhkan dengan secepat mungkin
Pulangan dari akaun simpanan adalah sangat sedikit. Ianya tidak mampu untuk membantu memenuhi matlamat yang kita ada dengan pantas. Untuk mudah faham, matlamat adalah destinasi dan untuk menuju ke destinasi kita boleh gunakan pelbagai kaedah sama ada berjalan kaki (menyimpan wang di bank) atau menaiki kenderaan (melabur)
Pelbagai ‘kenderaan’ yang ada di dalam pasaran. Terpulang pada kita untuk memilih kenderaan yang sesuai. Ada yang suka memandu ‘kenderaan’ sendiri, ada yang gemar menaiki kenderaan awam dan sebagainya
Emas adalah salah satu ‘kenderaan’ yang ada. Secara puratanya, pulangan dari pelaburan emas adalah jauh lebih baik daripada menyimpan wang tunai. Mengikut rekod, sehingga hari ini emas memberikan pulangan sebanyak 640% (perak 530%) dalam masa 20 tahun iaitu secara puratanya adalah 32% setahun (perak 27% setahun)
Di Public Gold, syarikat telah menyediakan paltform jual beli emas/perak yang sangat mesra pelanggan. Transaksi jual/beli emas dan perak boleh di lakukan di atas talian 24 jam sehari / 365 hari setahun dengan kata lain tiada keterbatasan masa
Semua urusan jual/beli adalah di sahkan patuh Syariah, maka anda tidak perlu risau. Jual/beli dengan senyuman
Kembangkan medium simpanan anda dengan emas dan perak keluaran Public Gold, hubungi saya untuk bantuan
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan