“Bang… apa faedahnya saya simpan emas ni?”
Meh abang nak cerita. Ada banyak faedah bila kita jadikan emas sebagai sebahagian daripada simpanan kita. Abang simpulkan kepada 2 bahagian iaitu faedah kewangan dan umum.
FAEDAH KEWANGAN
1. Pulangan Jangkamasa Panjang
Sejarah membuktikan emas memberi pulangan yang amat baik dalam jangkamasa Panjang. Terkini, harga emas telah naik lebih 500% berbanding 20tahun lalu.
2. Kepelbagaian Portfolio
Mempelbagai jenis simpanan adalah satu langkah yang baik. ‘Diversification’ boleh membantu anda mengurangkan risiko pelaburan. Sebagai contoh, nilai saham boleh jatuh ketika berlakunya krisis ekonomi.
Banyangkan; anda meletakkan kesemua wang yang anda miliki ke dalam sebuah syarikat (dalam bentuk saham). Akibat daripada krisis ekonomi, syarikat itu rugi dan terpaksa tutup! Anda berisiko kehilangan kesemua wang yang anda labur kan!
3. Hadapi Krisis Dengan Tenang
Emas dapat membatu anda apabila krisis kewangan berlaku kerana emas mengekalkan “nilainya” ketika mana nilai wang menyusut. Berbanding tunai, lihat sahaja nilai matawang Ringgit. Pada tahun 1998 nilai Ringgit adalah sekitar RM2.50/USD. Sehingga hari ini, kita masih tidak dapat merasai nilai yang sama.
Nilai rendah bermakna kita memerlukan wang yang lebih banyak untuk membeli barang yang sama. USD adalah matawang yang di gunakan untuk membeli import seperti beras, kentang, bijirin dan sebagainya di pasaran antarabangsa (import).
Paling mudah nak faham, kalau dulu RM100 boleh beli barang bernilai RM100, kini, dengan RM100 hanya boleh beli barang bernilai RM50!
FAEDAH UMUM
4. Rawat Sifat Boros
Dengan menjadikan emas sebagai sebahagian simpanan, secara tidak langsung ia membantu anda untuk merawat tabiat boros! Secara psikologinya kita suka membeli. Daripada duit di habiskan dengan membeli perkara – perkara yang tidak perlu dan membazir, “membeli” emas jauh lebih menguntungkan.
5. Memupuk Hemah Berbelanja
Dalam diam, emas boleh membantu anda untuk menjadi lebih berhemah dalam berbelanja. Kebiasaannya apabila ada jualan murah, jualan akhir tahun dan sebagainya, kita akan “terbelanja” wang simpanan.
Bilamana tunai telah selamat di tukarkan kepada emas, anda mungkin mula berkira – kira; “nak jual emas sayang”. Secara tidak langsung, simpanan anda terselamat! Ada ketika juga apabila hendak membeli item besar yang berharga ratusan dan ribuan Ringgit, anda mula mempunyai cara berfikir “kalau aku beli ni, berapa gram agaknya”. Ketika itu, perasan membei terbantu kerana anda “sayang” pada simpanan dari “diborosi”
.
Belajar kenal emas. Pasti terubat penyakit kewangan.
.
Nak tahu bagaimana nak menabung emas dengan betul? Hubungi saya dan saya akan bimbing tuan/puan sebaiknya
✅✅✅
Sebarang pertanyaan hubungi saya gunakan link di bawah
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171