JENIS – JENIS PENDAPATAN

NOTA 043 

❇️❇️

JENIS-JENIS PENDAPATAN

Secara asasnya terdapat 3 jenis sumber pendapatan – 3 cara bagaimana anda nak dapat duit

1️⃣ Pendapatan Aktif 

Pendapatan ini adalah hasil perkhidmatan / pekerjaan yang telah dilaksanakan. Ini termasuk upah, tip, gaji, komisen, dan pendapatan dari perniagaan di mana terdapat penyertaan material

Boleh di katakan majoriti penduduk Malaysia adalah bekerja secara makan gaji samada di dalam sektor awam atau swasta. Kelebihan utama kerja makan gaji adalah cukup hujung bulan tanpa gagal anda akan menerima upah. Bagi mereka yang berniaga, lebih besar usaha anda lebih tinggi upah yang anda akan terima

Ada di antara pakar kewangan menakan kaedah pendapatan ini adalah sebagai pekerjaan menjual masa. Anda jual masa anda dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari selama 30 hari untuk mendapatkan keuntungan pada hujung bulan

Kekurangan pendapatan aktif adalah apabila anda tidak bekerja maka anda tidak akan menerima sebarang upah. Sebagai contoh, pada awal tahun 2020 dunia di landa wabak Covid-19 maka ramai di antara kita terjejas samada di berhentikan kerja atau di potong pendapatannya kerana keuntungan perniagaan merosot  

2️⃣ Pendapatan Portfolio

Pendapatan portfolio adalah pendapatan yang di perolehi daripada pelaburan, termasuk dividen, faedah, royalti, dan keuntungan modal. Ada juga orang menamakan teknik ini sebagai duit bekerja untuk mencari lebih banyak duit

Di antara perkara yang boleh memberikan pulangan portfolio adalah melalui pemilikan saham amanah (ASB, Bursa dll), hartanah, emas dan sebagainya.  

Kelebihan utama pendapatan ini berbanding pendapatan aktif adalah anda tidak perlu buat apa-apa, hanya menunggu untuk mendapatkan hasilnya seperti bayaran dividen dan bonus daripada ASB, ekuiti atau hasil sewaan daripada hartanah

Kelemahan utama kaedah pendapatan ini adalah anda memerlukan modal yang besar untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Sebagaiannya pula seperti emas dan hartanah anda perlu menjualnya untuk peroleh keuntungan

2️⃣ Pendapatan Pasif/Residual

Pendapatan pasif adalah pendapatan yang memerlukan hanya sedikit usaha untuk memperoleh dan mengekalkan. Ia dipanggil penghasilan pasif progresif apabila penerima mengenakan sedikit usaha untuk meningkatkan pendapatan yang di perolehi

Di antara pekerjaan yang membolehkan untuk mendapatkan pendapatan ini adalah dengan menulis buku, menulis lirik, menjadi agen affliate, ajen takaful dan sebagainya. Secara mudah untuk faham – buat kerja sekali anda akan di bayar berkali – kali atas usaha anda tadi

Sebagai contoh, selagi buku yang anda tulis tadi di jual anda akan menerima royalti ke atas penjualan buku-buku anda tadi

Menajadi agen affliate PGMall misalnya, anda hanya perlu mempromosi pautan PGMall anda. Jika seseorang membeli melalui pautan tadi, anda akan di berikan insentif berkali – kali jika pelanggan anda terus membeli melalui pautan anda tadi

Menjadi agen takaful pula, ada mungkin memperoleh komisen sehingga 40% selama 6 tahun (bergantung pada polisi syarikat) untuk sebarang polisi yang ada jual!

Sistem pendidikan kita pada ketika ini secara tidak langsung mempromosikan pekerjaan untuk mendapat pendapatan aktif. Untuk anda menjadi seorang yang bebas kewangan, usaha tambahan anda perlu lakukan mencari ilmu bagaimana anda boleh kembangkan sumber pendapatan anda.

Dapat sesuatu?

.

Mulakan simpanan emas dengan Public Gold serendah RM100, hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #TeamAurum24K