4 PERKARA JANGAN BUAT

NOTA 041 

❇️❇️

4 PERKARA JANGAN BUAT

Jika kita biasa bermain atau menonton sukan bola sepak, sudah tentu kita biasa melihat bagaimana sebuah pasukan membuat perancangan taktikal bagi memastikan kemenangan

Begitu juga dengan penyimpan dan pelabur emas, perlu ada ‘perancangan taktikal’ untuk berjaya. Pantang larang juga perlu di patuhi supaya tidak ‘foul’ dan menyebabkan kekalahan

Antara 4 pantang larang yang jangan buat untuk menjadi penyimpan dan pelabur emas berjaya adalah

1️⃣ Mengkaji Harga

Sebagai pelabur dan penyimpan emas, keuntungan jangka masa panjang adalah di utamakan. Jika anda ingin membuat keuntungan di dalam emas dalam jangka masa pendek, anda perlu buat pembelian sekurang-kurangnya pembelian 250g dan keatas. barulah orang kata ‘rasa’ keuntungan tu – makna kata lain modal kena besar!

Tambahan lagi, melabur dan menyimpan emas ini buat untung secara santai – santai sahaja. Tak perlu lah hendak sakitkan kepala memikir dan mengkaji harga emas. Konsisten sahaja membeli emas

Harga tinggi beli, harga rendah borong. Dengan itu, anda boleh memuratakan kos pemilikan emas. Harga emas dalam jangka masa panjang pasti NAIK! Sebab utama adalah, sumber emas semakin hari semakin terhad

2️⃣ Tunggu Harga Turun

Penyimpan dan pelabur baru selalu bertanya, bila harga murah – saya hendak mula beli emas! (Semangat bunyinya). Namun ada satu masalah besar, harga murah itu adalah 20 tahun lepas RM 30 segram

Ada 2 cara nak dapat harga murah iaitu; anda mempunyai mesin rentas masa macam doraemon kembali pada masa lampau atau memaksa 7.7 billion penduduk bumi mengatakan emas adalah logam tak guna atau tidak ada harga

Kedua-dua pilihan itu mustahil kerana mesin masa tak wujud dan emas merupakan ‘duit’ tanpa sempadan. Negara-negara maju seperti Amerika, Jerman, Jepun dan banyak lagi menyimpan beribu tan emas sebagai ‘insurans’ kepada eknomi mereka!

Mula hari ini dan jadikan harga hari ini ‘benchmark’ harga untuk pembelian seterusnya. Jika anda beli pada harga tinggi, usah khuatir kerana fokus anda jangka masa panjang. Jika jumpa harga murah, borong kerana boleh puratakan harga. Mudah bukan?

3️⃣ Sentiasa Bertangguh

Harga emas murah sudah menjadi sejarah. Jadi tak perlu lagi tunggu dan kita perlu jalan terus. Jika asyik bertangguh, silap-silap wang yang sepatutnya di gunakan untuk di tukarkan kepada emas lesap tanpa jejak.

Akan ada alasan seperti terguna, terpakai, terlajak, terhabis dan 1001 ‘ter’ dan akhirnya tiada langsung simpanan. Langkah hari ini akan menentukan kejayaan hari esok

4️⃣ Berhenti Beli Emas Sebab Ikut Trend

Sebelum beli emas, faham dulu kenapa anda beli emas. Jangan kerana asbab terikut – ikut orang, orang beli emas kita pun ikut beli emas. Akhirnya, kerana tiada kefahaman maka akhirnya terhenti

Paling ‘best’ nanti anda boleh dengar ‘sembang’ beliau – “Dulu aku main emas, tak untung pun!”

Cari mentor supaya anda terus konsisten. Kisah mentor saya – kerana asbab simpanan emas beliau mampu membina rumah idaman. Kisah saya – kerana asbab menyimpan emas, penyakit boros dapat di ubati dan simpanan persaraan bertambah. Alhamdulillah!

Dapat sesuatu?

Emas merupakan alternatif simpanan jangkamasa panjang yang fleksibel yang berbaloi. Mulakan simpanan emas dengan Public Gold serendah RM100, hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan

Sebarang soalan boleh klik link berikut untuk bantuan https://dyndzu.wasap.my/