PRINSIP PELABUR YANG PERLU ADA

NOTA 021 

❇️❇️

PRINSIP PELABUR YANG PERLU ADA

Minggu ni kecok di ‘group’ whatsapp, facebook dan lain-lain media sosial berkenaan tangkap layar dari seorang individu ini

Secara umumnya saya mengerti kekecewaan penulis. Ia berkisar tetang keadaan semasa yang berlaku di dalam negara yang di timpa musibah bencana COVID19, di mana ramai individu kehilangan punca pendapatan

Wang simpanan di gunakan sepenuhnya khusus untuk ‘survival’ bagi meneruskan kehidupan seharian

Jika anda orang baru dalam dunia pelaburan, tidak kira apa jua instrumen pelaburan iaitu samada hartanah, saham atau emas – prinsip paling utama yang harus anda pegang adalah 

“Jangan pernah melabur menggunakan duit simpanan, duit kecemasan, duit pinjaman, atau mana-mana duit yang anda ingin gunakan dalam masa terdekat (kurang daripada 2 tahun)”

Pelaburan melibatkan risiko dan masa

Dalam pelaburan, risiko merujuk kepada potensi kerugian kewangan yang wujud dalam keputusan pelaburan tersebut. Lebih mudah untuk faham, bila anda melabur rugi itu sudah pasti, untung itu belum tentu

Kerugian boleh hadir di dalam pelbagai bentuk samaada rugi dalam bentuk wang, masa, tenaga atau kesemuanya. Namun, risiko boleh di kawal dan diatasi dengan pengurusan risiko yang betul (baca: ilmu)

Pelaburan juga perlukan masa. Semua orang mahukan risiko yang rendah dengan masa yang pantas untuk kaya. Malangnya, tiada cara mudah untuk kaya (tiada ‘shortcut’)

Bagi mereka yang ingin mulakan pelaburan, pastikan:

1️⃣ Aliran tunai anda positif, mempunyai ‘surplus’ atau lebihan 

2️⃣ Melabur hanya menggunakan duit lebihan

3️⃣ Bina dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji (atau lebih)

Dengan pelaburan emas, anda boleh mula dengan serendah RM100 melalui akaun emas GAP Public Gold. Pelaburan emas anda ini boleh di jadikan simpanan jangka masa panjang. Secara puratanya, harga emas naik dalam masa jangka masa panjang 

Menyimpan emas secara kecilan & konsisten  untuk capai ‘target’ adalah lebih baik bagi mereka yang tidak mempunyai dana yang besar. Ia juga sesuai bagi mereka yang ingin lebih santai dan mengaut keuntungan dalam jangka masa panjang

Berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold? Hubungi saya untuk bantuan dan pendaftaran

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan